Hibah / Takaful

Legasi bermakna pemberian yang diwarisi daripada generasi sebelum ini. Legasi yang ditinggalkan sering kali dikaitkan dengan pengakhiran, tetapi sebenarnya, ia adalah permulaan era baru yang terjamin. Legasi ditakrifkan sebagai kenangan yang dikongsi, keputusan yang dibuat, serta tindakan yang diambil oleh mereka dari generasi sebelum ini sebagai persediaan untuk masa akan datang. Ianya merupakan tindakan yang diambil dalam memastikan orang yang kita sayangi bersedia untuk menghadapi cabaran hidup serta menjamin masa depan generasi kita yang seterusnya

A-Life Legasi adalah pelan Takaful Keluarga yang memastikan orang yang anda sayangi boleh terus mencapai harapan dan mimpi mereka. Ianya memberi ganjaran ke atas perjalanan hidup anda dan dalam masa yang sama juga melindungi orang tersayang demi masa depan mereka. Tinggalkan legasi anda bersama yang terhebat.